Tuesday 22 May 2012

Kegagalan membawa kita ke arah Kejayaan.

Sebelum saya memulakan cerita al-kisah saya, saya ingin menanyakan soalan ini kepada pembaca-pembaca yang dikasihi sekalian. "Pernahkah anda gagal?" ........... Saya rasa soalan yang cepumas ini sangat bermakna kerna bukan sebilangan orang yang menghadapinya tetapi majoriti pernah menghadapi kegagalan. Sewaktu kita menghadapi kegagalan, adakah kita akan berasa KECEWA, SEDIH, dan RISAU ? ....... Semestinya ADA!!


Walaubagaimanapun, perasaan ini tidak akan menberi impak kepada kehidupan kita kerna ADANYA sokongan dan galakkan daripada kawan-kawan kita dan juga keluarga kita terutamanya ibu bapa  kita yang akan membantu kita mengharungi keadaan seperti demikian. Jikalau mereka tiada, kita berkemungkinan akan menangis sehingga muka kita lesu, tidak ada selera makan, kurung di dalam bilik setiap hari, dan akhirnya akan membunuh diri. Jadi, saya rasa lebih baik saya tidak membuang masa anda lagi dan terus memulakan cerita al-kisah saya ini. Selamat membaca. =)




AMARAN: Pembaca-pembaca haruslah membaca dengan teliti kerana ada segelintir ayat yang agak susah difahami. Harap maklum.




                             Pada pagi yang indah, burung berterbangan di awan, langit yang berwarna biru-biruan, bunyi penggera memanggil saya tepat pada pukul 7:31 pagi. Saya pun membuka mata saya dan melihat diluar tingkap saya sambil menghirup udara yang agak segar pada waktu itu. Selepas itu, saya pun melakukan perkara biasa yang kebanyakkan orang buat iaitu, pergi ke tandas, minum air, dan tidur semula kerana ianya masih awal lagi untuk bersiap ke kelas "Management Information System" pada pukul 9 pagi. Tanpa disedari, masa berlalu begitu pantas dan apabila saya bangun, jam menunjukkan pukul 8:31 pagi. Saya pun segera bersiap untuk pergi ke kelas.


                               Semasa perjalanan ke kolej saya iaitu "Food Institute of Malaysia (FIM)", saya menikmati keadaan disekeliling saya dan berasa sungguh gembira sehingga saya senyum sepanjang perjalanan saya. Senyuman seseorang dapat memberi impak yang besar terhadap orang disekeliling kita terutamanya sahabat-sahabat kita. Selain itu, ia juga dapat menceriakan kita dan membuatkan pikiran kita berfikir secara positif. Setelah saya sampai di kelas, saya berasa bernasib baik kerana cikgu yang mengajar subjek ini belum datang lagi. Jadi, saya pun mempunyai masa untuk menarik nafas saya dan bersembang-sembang dengan rakan sekelas saya. 


                               Selepas beberapa minit kemudian, cikgu pun datang dan mengambil kehadiran kami sebelum memulakan pelajaran tersebut. Semasa pembelajaran berlangsung, saya masih berpeluang untuk ber-"Tweet" kerana subjek ini agak membosankan saya. Lagi-lagi subjek yang memerlukan kita untuk membaca seperti Sejarah. Selepas sejam dua puluh minit berlalu, cikgu memberi kita masa untuk berehat kerana cikgu sedar bahawa kebanyakkan pelajar kekurangan perhatian semasa pembelajaran. Sebagai maklumat tambahan anda, seseorang itu hanya dapat memberi sepenuh perhatiannya pada awal 45 minit. 


                                Semasa rehat, saya pun mula berbual-bual dengan rakan sebelah saya dan cerita tentang pelbagai-bagai perkara. Tetiba, salah seorang daripada kawan saya memanggil saya dan menanyakan keputusan saya. Saya pun berasa terkejut dan terkelu seketika kerana saya ingatkan dia hanya berbual kosong dengan saya tetapi sebaliknya. Setelah saya mengetahui hal tersebut, saya pun bergerak dengan pantas ke pejabat kolej saya dan menanyakan tentang keputusan saya. Kerani yang bertugas pun memberi kepada saya keputusan yang agak berzaman itu. Keputusan yang saya perolehi kurang memuaskan. Tambahan pula, saya mempunyai subjek gagal dan subjek ini sungguh kurang diminati oleh saya iaitu "Malaysian Studies". Subjek ini berkaitan dengan sejarah awal kita. Saya berasa sangat sedih dan kecewa. Saya cuma berharap subjek ini lulus tetapi sebaliknya. Seperti mana yang kita harus hadapi, "nasi sudah menjadi bubur". 


                                  Semasa pembelajaran dijalankan semula, perhatian saya agak kurang kerana memikirkan perkara ini. Sebilangan kawan-kawan saya pun agak kurang percaya terhadap keputusan saya kerana sepanjang semester saya, saya tidak pernah gagal sebaliknya mendapat keputusan yang baik. Mungkin nasib saya tidak menyebelahi saya pada masa ini. Secara tidak langsungnya, saya dan rakan-rakan saya harus menduduki peperiksaan semula pada Jumaat ini jam 2 petang. 


                                   Semasa perjalanan balik ke rumah, saya masih tidak menjangka yang saya perlu menduduki peperiksaan semula dan hal ini membuatkan saya berasa sangat-sangat sedih sehingga saya terlena di kamar saya. 








Akan bersambung selepas saya mendapat keputusan yang kali kedua...........